Nampaknya telah pasti Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin akan di lantik oleh Datuk Seri Najib menjadi Menteri. Soalnya sekarang hanyalah samaada dia akan jadi menteri penuh atau timbalan menteri.
Walaupun Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia 27 Disember menyebutkan kemungkinan itu hanya sepintas lalu tetapi ini adalah suatu sumber yang paling layak dipercayai kerana tiap Perdana Menteri ada orang kepercayaan dalam akhbar akhbar terutama Utusan Melayu.
Menurut Awang lagi desas desus rombakan kecil kabinet bagi jawatan menteri dan timbalan menteri melibatkan beberapa pemimpin UMNO terus berlegar dan mungkin menjadi kenyataan pada tahun baru. Antara nama yang disebut, kata Awang ialah Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin.
" Kedudukan beliau di luar jawatan kerajaan seperti sekarang memberi kelebihan untuk melonjak misi parti tetapi jika dilantik,ia langkah yang tepat, samada suka atau tidak Khairy sememangnya berkebolehan dan boleh menadi sandaran", kata Awang Selamat.
Barangkali bagini perkeraan Najib : Jika Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri boleh melantik semula Daim Zainudin yang tidak sunyi dari persepi buruk untuk menjadi menteri kewangan ketika menghadapi cabaran Anwar Ibrahim maka mengapa beliau tidak boleh lantik Khairy samaada bersih atau tidak.
Sebenarnya Najib memang hendak melantik Khairy dari awal lagi ( seperti janji kepada Pak Lah?) ) tetapi sebagai stratiji tunggu keadaan sejuk dulu, tunggu masa yang sesoai.Sekarang Mahathir pun dah lihat betapa Air Asia sudah berjaya ambil alih F1 yang di dalangkan oleh Kalimullah (musuh utama Mahahtir) dan Mahathir telah bersama dengan anaknya Mukhzani kelihatan bersama Tony Fernandes (orang depan Kalimullah) di UK baru baru ini.
Inilah politik, tidak ada musuh yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan bersama.
Tahniah Khairy! Tahniah Kalimullah! Tahniah Mukhzani bin Mahathir !
BUKTI KOORDINASI MEDIA DAN DAP TIMBULKAN PERSEPSI TEOH BENG HOCK DIBUNUH.
Thursday, December 24, 2009
Jelas terbukti koordinasi antara DAP, akhbar akhbar Cina dan The Star untuk memperkuatkan persepsi yang telah pun wujud di kalangan masyarakat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock telah mati dibunuh oleh pegawai SPRM ( Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia).
Terakhir Ketua Menteri Pulau PInang, Lim Guang Eng telah membuat dakwaan itu di persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat di Selangor baru baru ini yang mendorongkan polis membuat lapuran segera di bawah Akta Hasutan.
Akhbar The Star pula dalam laporan 24 Disember mengenai kenyataan Tan Sri Najmuddin meminta supaya Raja Petra menyerah diri (muka 22) telah membuat konklusi sendiri bahawa " Teoh died afterbeing questioned by the Malaysian Anti corruption Commission."
Paragrap ini yang merupakan catitan Star sendiri ( bukan dikatakan oleh Najmuddin) mengaitkannya dengan desakan Najmuddin agar Raja Petra diberikan perlindungan keselamatan untuk menjamin dia mahu pulang supaya tidak berlaku tindakan pihak polis dan SPRM seperti yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim dan Teoh.
Sebenarnya ini adalah lanjutan daripada usaha yang dijalankan oleh STAR, akhbar akhbar Cina dan juga DAP untuk menimbulkan prasanga buruk,prajudis dan kebencian terhadap kerajaan BN yang didepani oleh Melayu.
Usaha ini sebenarnya telah berjaya dan sekarang mereka bersama dengan DAP berada diperingkat berusaha untuk meningkatkan persepsi menjadi opinion.
Adalah menyedihkan pihak KDN tidak dapat memantau dari awal kerja jahat ini terutama sekali The Star yang berpengaruh di kalangan terpelajar dan elit kerana kelemahan pegawai pegawainya di bahagian penerbitan ( bukan polis) dan juga menterinya yang kurang sensitif.
Polis sendiri telah pun membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan Lim Guan Eng itu untuk membolehan pihak Peguam Negara mengambil tindakan dibawah Akta Hasutan terhadap Guan Eng.
Amaran Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa sesiapapun tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana mana pekara yang masih dalam inkues adalah sudah lewat. Persepsi menyeluruh di kalangan masyaakt Cina ialah Teoh di bunuh oleh SPRM.
Inilah kejayaan akhbar akhbar yang didukong oleh masyarakat Cina terutama The Star yang telah pun menjadikan berita muka hadapan tidak lama dahulu tentang hasil siasatan seorang pakar forensic dari Thailand yang berambut merah mendapati Teoh dibunuh. Kenaapa The Star membesar besarkan sesuatu yang belum pasti? Ada niat yang tersirat.
Menteri KDN yang terkenal sebagai Menteri Amaran eloklah segera menukarkan imejnya sebagai Menteri Tindakan dengan mendorongkan polis mengambil tindakan pantas terhadap Guan Eng. Masa masih ada untuk merobah imej sebelum dihukum oleh UMNO.
Lim Kit Siang adalah ejen kepada media Barat yang sejak sekian lama menentang kepimpinan Melayu Malaysia. Maka itu beliau akan membantu mempromosikan usaha mereka untuk merendahkan keupayaan dan kejayaan kepimpinan ini bila peluang terbuka.
Contoh terbaru ialah Lim Kit Siang telah mempromosikan buku Malaysian Mavercik: Mahathir Mohamad in TurbulentTimes tulisan Barry Wain dengan mendakwa bahawa KDN telah menahan pengedaran buku ini. Ini menyebabkan orangramai mempunyai minat untuk mencarinya.
Kit Siang mahu ramai orang membacanya kerana buku ini menuduh Mahathir menghanguskan wang negara sebesar $100 billion untuk projek mega dan mewah dan juga rasuah dalam masa 22 tahun pemerentahannya.
Stratiji promosi yang sama telah digunakan oleh The Star dalam mempromosikan buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang anggota DAP sebelum pilihnaraya lalu. The Star menjadikan berita pengharaman buku itu hanya berasaskan sebaran kabar angin SMS dan setelah timbul kontroversi mengenainya maka barulah The Star meminta pengesahan dari KDN.
Kali ini Star juga akhbar yang yang terawal melaporkan tentang penerbitan buku tersebut dan diikuti dengan dakwaan Kit Siang mengatakan ia ditahan dari edaran disamping menuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat penyalahgunaan wang oleh Mahathir.
Berikutan dengan itu Tun Mahathir sendiri telah meminta kerajaan membenarkan pengedarannya kerana beliau mahu mengambil tindakan saman malu terhadap Lim Kit Siang, Malaysiakini dan Barry Wain yang bersekutu dalam menimbulkan prasangka buruk umum terhadapnya.
Mendahului The Star ialah sebuah laman berita yang berpengkalan di Hongkong Asian Sentinel mengatakan Kastam di Raja Malaysia telah menahan pengedaran buku itu sejak empat minggu lalu.
Kastam di Raja Malaysia telah pun menapikan dakwaaan Kit Siang itu kerana semua buku yang dibawa masuk ke Malaysia adalah bebas cukai.
Bagi Kit Siang apa juga berita atau tulisan negatif mengenai Malaysia akan terus dipercayainya tanpa usul pereksa kerana sikap prajudisnya terhadp kerajaan Melayu di Malaysia.
Pegawai pegawai KDN yang tidak berpengalaman dan Menteri KDN yang kurang cekap sewajarnya dapat memberikan perhatian terhadap kerjasama antara The Star, DAP dan juga agensi media asing atau wartawan wartawan Barat untuk menimbulkan anggapan negatif terhadap Malaysia.
Pemantauan keatas mereka bukan untuk mengambil tindakan di bawah ISA tetapi sekadarkan untuk kita menyedarkan mereka bahawa kita tahu apa yang mereka lakukan. Kalau Datuk Hishamuddin dianggap naive oleh umum janganlah semua pegawai KDN menampakan imej yang sama.
Hanya sebilangan kecil sahaja orang Melayu yang dapat membaca bahasa Cina tetapi sebahagian besar orang Cina dapat membaca Bahasa Malaysia. Sekiranya orang Melayu mengetahui dari awal kemerdekaan negara kandungan akhbar akhbar Cina , maka sudah pasti negara ini tidak akan berada dalam aman damai seperti sekarang ini.
Keadaan ini bertambah buruk sesudah lima puluh tahun merdeka dengan pembebasan baru yang diberikan oleh Perdana Perdana Menteri ke 5 Abdullah Badawi.
Sikap kecinaan akhar Cina seperti Nanyang, Sin Chiew, China Press, Oritental Daily dan lain lain tidak berubah banyak dalam memperjuangkan kebudyaan Cina atau identiti Cina dari sejak merdeka hingga sekarang berbanding dengan di Singapura yang apabila berkuasa sahaja Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri pertamanya Lee Kuan Yew telah menutop semua institusi kebudayaan Cina termasuk sekolah Cina dan Universiti Cina ( NanyangUniversity dan Ngee Ann College).
Maharaja mahu mengemukakan suatu contoh kecil sahaja dari perkauman Cina yang dibangkitkan oleh akhbar China Press terjemahan Utusan Malaysia. Orang ramai dapat membaca terjemahan ini pada setiap hari Thalatha di Utusan Malaysia.
Keluaran 16 September akhbar itu menyiarkan tulisan seorang yang bernama Zhao Xue yang membangkitkan tentang soal penghijrahan orang Cina keluar negara. Katanya:
"Rasis yang sangat dibenci orang, telah menyelinap ke semua bahagian dan agensi. Mana syarikat yang disenaraikan tidak ada bangsa yang satu itu (maksudnya Melayu) yang memonopolinya? Universiti tanah air mana yang Canselor dan Pengarahnya bukan daripada kalangan bumiputera.
" Orang bukan bumiputera mana yang ada dalam agensi penting kerajaan yang mudah mendapat kenaikan pangkat? Adakah mereka mendapat kenaikan pangkat dan gaji yang sama rata?
"Polisi negara juga berubah setiap kali kepimpinan negara berganti. Sistem pendidikan pula lebih banyak buruk dari baik.
" Ia juga menjadi penghalang kepada cerdik pandai untuk pulang ke tanahair. Jika di luar negara mereka mendapat layanan yang baik dan anak anak pula mendapat pendidikan yang terjamin adakah mereka akan melepaskan peluang itu dengan mudah? Tanya Zhao Xue
Itulah pendapat seorang Cina yang disiarkan oleh akhbar China press yang berada dihadapan dalam membangkitkan perasaan tidak puas hati orang Cina terhadap negara ini.
Memang benar orang Cina yang berada di United Kingdom , Amerika Syarikat , Canada , Australia dan di lain lain negara mendapat layanan yang baik. Sebab utamanya ialah oleh kerana mereka tidak membuat tuntutan perkauman menuntut bahasa Cina diberikan pengikhtirafan dalam pelajaran dan persekolahan seperti yang mereka lakukan di Malaysia.
Di Thailand orang Cina yang cuba menunjukan supremacy mereka telah ditembak beramai ramai sepereti yang berlaku di sebuah universiti di negara itu berpuluh tahun yang lalu kerana anak anak Cina berlagak sebagai orang kaya..
Untuk pengetahuan Zhao Xue di Singapore sebahagian besar profesionalnya yang berjaya berhijrah ke negara lain kerana Singapore tidak akan dapat memberikan kehidopan yang selesa. Maka itu Singapore membawa masuk beratus ribu bayi dari negara Cina ke Singapura untuk mengatasi jumlah orang Cina yang makin berkurangan.
Orang Singapura tidak boleh mimpi untuk tinggal di rumah kembar, rumah sederet, apatahlagi rumah sebuah kecuali mereka yang benar benar kaya tetapi kebanyakannya bila sudah jadi jutawan atau profesional telah mencari tanah yang lebih hijau.l
Bagaimanapun di Malaysia seorang Cina penjual sayur atau penjaja pun boleh ada rumah mewah. Maka itu banyak Cina Singapura yang berpindah ke Australia dan New Zealand, Canada, Amerika Syarikat dan lain lain kerana mereka tidak perlu hidup dalam sarang burung merpati.
Apakah penghijarahan ini kerana kerajaan Singapura kejam terhadap orang Cina atau kerana sistem pelajarannya tidak berkualiti ?
Malaysia juga di datangi oleh orang Cina dari Cina yang mahu mencari perkerjaan di negara ini dan mahu menetap disini. Mereka sanggup menghadapi risiko masuk secara haram.Percayalah jika dibuka pintu untuk orang Singapore menjadi rakyat Malaysia maka berjuta akan meninggalkan negara itu dalam sekelip mata.
Maka itu jika orang seperti Zhao Xue mahu meniggalkan negara ini dan menetap di lain lain negara, rakyat negara ini dengan sukactia mengucapkan selamat jalan dan jika orang Cina yang ada di luar negara tidak mahu pulang ke Malaysia maka ini adalah berita yang amat menggembirakan terutama bagi bumiputra negara ini.
Manusia seperti Zhao Xue adalah troublemaker kepada negara ini dan tempat yang paling layak baginya hanyalah di bakul sampah.
Malaysian Insider portal berita yang didalangi oleh Kalimullah dan BrendanParia telah menarik balik dengan pantas berita dakwaan rasis yang di buat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Abdul Aziz terhadap Utusan Malaysia.
Ini berikutan dengan penjelasan Nazri bahawa beliau tidak maksudkan hanya Utusan Malaysia tetapi semua akhbar. Artinya bagi Nazri Utusan Malaysia tidak berbeza dengan akhbar akhbar atau media lain yang menceroboh perlembagaan negara walaupun Utusan Malaysia berada di pihak yang mempertahankan kesucian perlembagaan.
Tidaklah diketahui samaada penapian itu disiarkan oleh akhbar akhbar berbahasa Cina dan Tamil di negara ini tetapi yang pasti Malaysian Insider hanya mematikan berita dan tidak menapikannya. Jelas betapa biasnya portal berita ini yang didukong oleh dua orang rasis dari keturunan India.
Masalah BN sekarang ialah ia tidak sahaja mengadapi musuh dari luar tetapi juga dalam selimut. Maka itu tidaklah heran jika kerajaan pimpinan Datik Seri Najib telah tercemar dengan ketidakhadhiran hampir separuh MP BN baru baru ini ketika masa yang sangat genting bagi pengundian untuk luluskan belanjawan 2010. Dari 137 anggota BN, 71 orang tidak hadhir.
Belanjawa itu diluluskan dengan undi hanya 66-63.
Ini menyebabkan nyaris pengundian rang udang undang kelulusan belanjawan 2010 dikalahkan. Jika ini berlaku maka apa akan jadi pada negara. Bagaimana negara akan diuruskan tanpa peruntukan untuk pembangunan dan pengurusan?.
Orang yang bertanggungjawab khas untuk mempastikan kehadhiran semua anggota Parlimen BN ialah Nazri Abdul Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri . Dia telah melakukan suatu kelalaian yang sangat besar yang menyebabkan kerajaan nyaris tumbang. Dia tidak boleh basoh tangan dan menuding kepada orang lain seperti dia cuba untuk menunjuk nunjuk dia tidak rasis dengan menudoh Mahathir rasis dan Utusan Malaysia rasis sedangkan dia berada dalam selimut yang sama.
Jika Najib tidak membersihkan musuh dalam selimut maka artinya Najib lebih mementingkan kawan dari UMNO, rakyat dan negara.
Akhbar New Sunday Times telah telah mendahului akhbar arus perdana lain dalam mengesahkan perkahwinan Datuk Bung Mokhtar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan dengan actres terkmuka Zizie Ezette. Tahniah!
Bagaimanapun Bung Mokhtar 50 tahun enggan untuk memberitahu tarikh perkhawinannya kerana telah pun dihebohkan oleh media sejak seminggu lalu. Dalam kata kata lain beliau tidak mahu mengistiharkan hari beliau membuktikan kepada Zizie " walaupun saya tidak cukup kacak untuk Zizie tetapi saya cukup kuat untuk Zizie ". Itu adalah rahsia besar.
Alasan Bung tidak mahu mengesahkan perkahwinannya sebelum ini ialah oleh kerana hendak menjaga hati isterinya dan mungkin juga kerana beliau sangka tak ada orang yang tahu tetapi rupa rupanya mulut tempayan sahaja yang boleh ditutup.
Setelah membuat pengesahan, Bung Mokhtar meminta agar privacy nya di hormati. Mana boleh Bung. YB adalah kepunyaan awam dan banyak lagi yang mahu di ketahui terutama dari segi reaksi Wanita Umno dan Putri Umno.
Para wartawan jangan matikan cerita yang menarik ini. Jangan bertanya dengan Datuk Seri Najib kerana jawapan yang ikhlas tidak akan didapati darinya sebaliknya tanyalah dengan orang yang merasakan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia Datin Sri Rosmah Mansor.
Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin memang terkenal didalam Parlimen sebagai seorang yang kuat menghentam. Bila bersuara, suaranya yang garau dan kuat menggegarkan seluruh Parlimen yang membayangkan kegagahannya dalam segalanya.
Beliau memang mempunyai wajah dan bentuk badan sebagai seorang ahli gusti atau boxer.
Maka itu berita perkhawinan keduanya dalam umur 50 tahun dengan pelakon jelita dan popular Zizie Ezette yang berumur 31 tahun tentunya menimbulkan imiginasi hebat di kalangan rakan rakannya yang ingin juga mengikut jejak langkahnya tetapi tidak ada keberanian sepertinya.
Bong Mukhtar akan membuktikan kepada Zizie " walaupun saya tidak cukup kacak untuk Zizie tetapi cukup kuat untuk Zizie"
Maka itu tidak sahaja Parlimen yang akan bergegar tetapi Kinabatangan malah seluruh negara akan bergegar. Ramai orang terutama anggota anggota Parlimen ingin mendengar gegaran ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga tentu terkejut dengan berita ini tetapi tentunya amat ENVY kerana beliau cukup lengkap sifatnya sebagai seorang lelaki yang menawan , masih kelihatan muda,kacak, kuat, gagah, banyak wang dan segalanya tetapi cuma satu sahaja tidak ada iaitu keberanian.
Maka itu perkahwinan Bung ini akan menyebabkan kita melihat Rosmah semakin aktif dan kerap mengikuti Najib ke mana mana hingga ke lubang cacing tetapi Najib mesti yakin dan percaya jika beliau mahu kawin seluruh rakyat termasuk kaum wanita akan merastuinya.
Yang kita jarang lihat sehingga kita tidak dapat ingat wajahnya hingga ke hari ini ialah isteri Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew( LKY). Dia tidak pernah ikut suaminya dan tidak pernah bersaing imej dengan suaminya untuk menjadi selebriti. Maka itu LKY melawat Rosmah untuk melihat kelainannya.
Tahniah Bung Mokhtar!. Semuga ini menjadi contoh keberanian seorang pemimpin Islam yang mengetahui tangungjawabnya dalam masyarakat Islam yang bertambah banyak dengan gadis dan wanita yang memerlukan simpati. Harap Bung Mokhtar menjadi perintis kepada semua anggota Parlimen Malaysia (lelaki) dalam mencipta "Luar Biasa" menjadi budaya biasa.
INILAH SEBUAH PANTUN UNTUK HADIAH PERKAHWINAN BUNG.
Boi laju laju sampai balik sana Apa dalam baju kuntum bunga sena Boi laju laju sampai terkapar lena Hilang sakit kepala senanglah kerja.
Selamat Bung beristeri dua, boleh tambah lagi dua.